Ulasan Penilai

Lazimnya cerpen dihasilkan atas dorongan dari dalam diri penulis. Apakah sebenarnya yang mahu dilahirkan untuk dibaca atau dinikmati pembaca? Apakah tujuannya dan dengan cara bagaimana ia akan disampaikan? Soalan terakhir itulah yang akan menghasilkan bentuk. Makanya, penganjur Sayembara Cerpen Nyala bulan Mei 2018 menghendaki peserta menuliskan sebuah cerpen dalam bentuk …

Zamrud Si Sultan

Aku tekad untuk melangkahkan kaki menjelajah ke bumi yang kaya dengan sejarah itu. Sejarah yang bertaut dengan sejarah bumi kelahiranku sendiri. Lama sudah aku tanamkan niat bahawa suatu saat nanti, aku hendak menikmati dengan rasa dan indera segenap keistimewaan yang sering disebut-sebut ramai. Tidak dapat tidak, bagi tujuan menyingkap keindahan …

Cinta Aotearoa

Sehari lagi. Mungkin dua. Selambat-lambatnya tiga. Sabarlah hati. Aku pasti dijumpai. Harus pasti. Aku mahu hidup. Belum bersedia menemui Malaikat Maut. Ya Tuhan, panjangkanlah umurku. Berkatilah waktuku. Kirimkanlah seseorang untuk menemui dan membantuku. Aku tidak mahu dimamah berenga di tengah-tengah kehijauan ladangku yang sedang mekar berbunga ungu lavender. Tidak mahu …

Pendam

Bingit! Bingit! OK, sudah mula dah. Haish! Dalam kelas ini juga kau nak buat hal. Tolonglah. Qasha. Bawa bertenang… tarik nafas… tarik nafas. Ah! Suara video ini makin kuat pula! Henti! Henti! Jangan bergaduh! Diam! Aku cakap diam! Jangan mula bergigil, Qasha. Kesat air mata kau tu. Nanti orang lain …

Nostradamusesque

“Kita perlu pindah.” Perlahan saja suaranya. Namun cukup jelas untuk menghuru-harakan keadaan. Hampir serta-merta kalut menerpa. Tak cukup dengan menoleh kanan dan kiri, rasa gementar yang semakin memuncak itu diselang-seli pula dengan suara cemas orang ramai yang sedang berkerumun di situ. Tatkala keriuhan itu sampai pada kemuncaknya, Pak Karto mendongak. …

Baju

“Orang semua cakap Ayah jahat.” oooOOOooo “Jangan pergi, Bang.” Aku merenung bebola matanya. Air yang bergenang hanya menanti masa untuk jatuh berjejeran di lereng pipi. Namun takungan sudah penuh. Terkelip pasti melimpah. Terketis pasti mencurah. Dan tangisan itu pasti. Tidak mampu berselindung lagi. Aku mengesat manik-manik pilu yang mengalir di …

Duta Nestapa

Ali Baba dan 40 penyamun. Ralat. Ali Baba dan 40 tempayan. Bezanya, kalau tempayan Ali Baba, isinya sama semuanya – penyamun. Penyamun yang mungkin beraneka bentuk dan rupa, berlainan riak wajah dan berlainan warna kulit, namun tetap sama – penyamun. Tapi tempayan-tempayan yang dibawanya pada hari itu semuanya berlainan pula …

Sayembara Cerpen Nyala Mei 2018

Tuliskan sebuah cerpen dalam bentuk surat, diari ATAU sebuah monolog yang panjang. Sayembara Cerpen Nyala buat bulan Mei menduga kreativiti para peserta melalui teknik penulisan yang berlainan. Teknik penulisan ini diharapkan dapat membantu para peserta membina suara seorang watak melalui sudut pandangan watak tersebut sahaja. Seluruh cerpen harus ditulis dalam …

Kotak Peraga

Rais dikejutkan olek bunyi jentera penggali. Cahaya lampu sorot mengintip masuk melalui celah langsir bilik. Si pelombong muda menggosok matanya, dia duduk di hujung katil menyapu serabut mimpi. Jemari yang hitam berkeladak mencapai sebuah cawan berisi cecair hitam serupa kopi. Lidah Rais diserang rasa pahit dan masam sehingga menyebabkan si …