Degap-Degup Dikir Raikan 10 Naskhah Seni Kata Terbaik Dikir Barat Singapura

Degap-Degup Dikir Raikan 10 Naskhah Seni Kata Terbaik Dikir Barat Singapura

Naskhah terbaik dikir barat dari tahun 2000 hingga 2017 disusun dan digubah semula di atas satu pentas

Acara persembahan Degap-degup Dikir 2019 ini dianjurkan sebagai sebahagian daripada program Textures: A Weekend With Words bersempena dengan gerakan #BuySingLit 2019. Persembahan istimewa selama 90 minit ini disokong oleh The Arts House dan diterbitkan bersama oleh Unggun Creative dan One Pentas.

Naskhah-naskhah yang ditampilkan termasuk Sulalatus Salatin (R Azmann A Rahman), Dondang Che’ Nona (Nor’Ain Ismail), Si Anak Rimau (Zaidy Nandir), Sifat Tidak Membentuk Sikap (Mudzaffar Syah), Menggalang Cita (Fatin Nabilah), Adat Perpatih (Muhammad Luqman Hakim), Lima Minit Lagi (Firdaus Fid Faisal), Putih Itu Hitam (Djohan A Rahman), Teraju Tiga (Farihan Bahron) dan Hynah: Kisah Banjingan Malam (Noridah Kamari).

Kesemua sepuluh lagu dinyanyikan oleh tiga penyanyi yang turut terlibat dalam kegiatan dikir barat secara aktif, iaitu, Siti Shahirah Samad, Muhammad bin Imran dan Muhammad Asyraf Ariffin. Mereka dibantu oleh iringan muzik yang padu dan dinamik. Acara ini turut dihoskan oleh Mamat dan Maman.

Saksikan sedutan ringkas daripada persembahan Degap-degup Dikir di bawah.

#BuySingLit ialah sebuah gerakan yang dipimpin oleh industri penerbitan untuk meraikan kisah-kisah dari Singapura. Dengan menganjurkan ‘Beli Karya Tempatan, Bacalah Budaya Kita’, para penerbit buku tempatan, pengedar buku dan badan-badan sastera telah berganding bahu untuk menggalakkan rakyat Singapura mendekati dan menghargai sastera Singapura.

Buy Local, Read Our World

Nyala

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social Share Buttons and Icons powered by Ultimatelysocial