Episod 2: Jiwa Bebas Walau Jasad Terkurung

Episod 2: Jiwa Bebas Walau Jasad Terkurung

Episod kedua Podcast Nyala membawa tema ‘Jiwa Bebas Walau Jasad Terkurung’.

Dalam ruangan Bicara Sastera kita terokai bentuk-bentuk berkurung, sama ada kerana rusuhan, wabak dan status sosial.

Tahukah anda orang-orang kaya atau bangsawan dahulu sanggup membuat pagar yang tinggi dan memasang tirai di tingkap kereta supaya orang luar tidak dapat melihat isteri dan anak-anak perempuan mereka?

Dalam apa jua bentuk kurungan akan ada manusia yang berinovasi untuk melepaskan diri daripada kongkongan fizikal itu.

Segmen Sanggar Sastera Tradisional pula membawakan kisah Bibi Zainab yang dikurung di rumah pada malam hari melalui kebijaksaan Si Bayan Budiman.

Dalam segmen Kupas Karya kita akan meneliti sebuah karya yang mengajar anak-anak kita untuk kurang ajar!

Ayuh, ikuti Podcast Nyala bersama kami Noridah Kamari dan Farihan Bahron.


Sokongan Dana

Sekiranya anda ingin menyumbang dana untuk terus menyokong usaha penerbitan Podcast Nyala ini, silalah gunakan butang ‘Donate’ di bawah.

Sumbangan anda akan digunakan untuk tugas-tugas kajian, penulisan skrip, rakaman, suntingan dan pemasaran.

Kami menghargai setiap sumbangan tidak kira jumlah kecil atau besar. Pembayaran boleh dibuat melalui PayPal atau kad kredit. Semoga usaha untuk menyemarakkan lagi sastera Melayu di persada dunia terus berlanjutan.


Ingin dapatkan berita tentang Podcast Nyala?

Isikan nama dan e-mel anda untuk terima segala notifikasi setiap kali episod Podcast Nyala diterbitkan. Pendaftaran adalah percuma.

Kami menghormati privasi anda dan tidak akan hantar e-mel yang tidak berkenaan dengan siri Podcast Nyala ini. Anda juga boleh pilih untuk keluar daripada senarai pendengar bila-bila masa.

Noridah Kamari

Social Share Buttons and Icons powered by Ultimatelysocial