Episod 3: Konflik Manusia & Alam

Episod 3: Konflik Manusia & Alam

Dalam episod ketiga Podcast Nyala, tema ‘Konflik Manusia Dan Alam’ menjadi fokus segmen Bicara Sastera

Jenis konflik ini boleh ditemui dalam karya-karya yang dibincangkan iaitu Ranjau Sepanjang Jalan  (Shahnon Ahmad), Harimau! Harimau! (Mochtar Lubis) dan Seorang Tua Di Kaki Gunung (Azizi Haji Abdullah). Karya-karya ini setara dengan karya besar Inggeris yang mendukung tema yang sama, seperti The Old Man And The Sea oleh Ernest Hemmingway.

Pertembungan manusia dan alam juga boleh ditemui dalam puisi dan antara karya yang dibincangkan ialah “Surat dari Masyarakat Burung kepada Datuk Bandar” oleh Usman Awang dan “Syair Alam” oleh Zurinah Hassan.

Segmen Sanggar Sastera Tradisional meneliti dua ceritera daripada Sulalatus Salatin, iaitu “Temasik Dijumpai” dan “Singapura Dilanggar Todak”.

Segmen Narasi Karya menampilkan dua suara penyair wanita, iaitu Rasiah Halil yang mendeklamasikan puisinya, “Kepada Pohon Tak Bernama” daripada Pahlawan Panggung (2018) dan Nordita Taib menyampaikan beberapa kuntum haiku ciptaannya yang dipetik daripada Anggerik Di Dahan Sakura (2018).

Tips penulisan daripada Edgar Allan Poe dan Joyce Carol Oates turut dikongsi dalam segmen Mengasah Kalam, dan beberapa kiriman karya oleh pendengar disiarkan dalam segmen Cetusan Ilham.

Ayuh, ikuti Podcast Nyala bersama kami – Noridah Kamari dan Farihan Bahron.


Sokongan Dana

Sekiranya anda ingin menyumbang dana untuk terus menyokong usaha penerbitan Podcast Nyala ini, silalah gunakan butang ‘Donate’ di bawah.

Sumbangan anda akan digunakan untuk tugas-tugas kajian, penulisan skrip, rakaman, suntingan dan pemasaran.

Kami menghargai setiap sumbangan tidak kira jumlah kecil atau besar. Pembayaran boleh dibuat melalui PayPal atau kad kredit. Semoga usaha untuk menyemarakkan lagi sastera Melayu di persada dunia terus berlanjutan.


Ingin dapatkan berita tentang Podcast Nyala?

Isikan nama dan e-mel anda untuk terima segala notifikasi setiap kali episod Podcast Nyala diterbitkan. Pendaftaran adalah percuma.

Kami menghormati privasi anda dan tidak akan hantar e-mel yang tidak berkenaan dengan siri Podcast Nyala ini. Anda juga boleh pilih untuk keluar daripada senarai pendengar bila-bila masa.


Ishikari Lore by Kevin MacLeod is licensed under a Creative Commons Attribution license (https://creativecommons.org/licenses/by/4.0/)
Source: http://incompetech.com/music/royalty-free/index.html?isrc=USUAN1100192
Artist: http://incompetech.com/

Noridah Kamari

Social Share Buttons and Icons powered by Ultimatelysocial