Haiku: Suatu Pengenalan Umum

Haiku: Suatu Pengenalan Umum

Apabila berbicara tentabg Haiku Jepun, tentunya tidak lengkap jika tidak disebut nama Matsuo Basho. Inilah antara tokoh unggul penulis haiku yang utuh hingga ke zaman kini di Jepun. Haiku beliau menjadi klasik dan tetap melekat di hati masyarakatnya sehingga kini dan tradisi ini tetap diamalkan walaupun telah bertahun-tahun berlalu namun tetap segar. Antara tradisi yang masih menjadi pegangan termasuklah tetap mengekalkan skema 5-7-5 dan kigonya tidak diubah walaupun telah diterjemahkan oleh Haiku Basho ke dalam Bahasa Melayu. Sewajarnya Haiku boleh ditulis dalam Bahasa Melayu. Namun, tradisi Haiku Jepun tetap ditekankan terutamanya daripada aspek suku kata. Suku kata mampu dihitung dengan tepat melalui bunyi sesuatu kata. Apabila prinsip ini dipegang, maka struktur sesebuah Haiku dalam Bahasa Melayu ini mampu dibina mengikut acuan asal Haiku.

Selain itu, Haiku Jepun mengekalkan tradisi daripada imej alam sehingga kini. Bertepatan dengan negara Jepun yang mempunyai empat musim bunga, musim panas, musim luruh dan musim sejuk termasuk juga tempat-tempat lain yang mempunyai musim-musim tertentu mampu menjadikan Haiku yang sentiasa terpelihara keasliannya. Jika ingin ditulis Haiku di Malaysia tidak mempunyai semua perkara-perkara yang disebutkan diatas, sebaliknya hanya mempunyai musim buah-buahan contohnya rambutan, durian dan untuk musim bunga terdapat berbagai-bagai jenis bunga. Peristiwa bermusim dan perayaan tahunan yang disambut oleh rakyat Malaysia boleh dianggap sebagai kigo.

Jika dilihat pada Haiku Jepun, keunikannya terletak pada beberapa bahagian, terutama bentuknya yang ringkas dan sederhana. Peraturan mengenai jumlah suku kata yang ketat hanya boleh dipraktikkan jika Haiku ditulis dalam bahasa Jepun, China dan Korea kerana suatu maksud atau perkataan mungkin berbeza, dengan pelanggaran satu suku kata sahaja. Haiku biasanya mengandungi tiga baris berbeza, dengan pelanggaran tatabahasa yang nyata, yang dipanggil kirenji (huruf terpotong) yang biasanya ditempatkan di akhir lima baris pertama atau unit bunyi kedua. Dua bahagian Haiku ini dipanggil frasa dan fragmen.

Dalam Bahasa Jepun, terdapat perkataan-perkataan kireji yang sebenar. Dalam Bahasa Inggeris pula, kreji kerap kali digantikan dengan penanda koma, tanda sempang, tanda elips atau pecahan-pecahan tanda dalam haiku. Unsur-unsur Haiku lama ini dianggap perlu bagi Haiku oleh ramai orang, walaupun semua ini tidak selalunya dimasukkan ke dalam Haiku ala bebas dan haiku bukan Bahasa Jepun oleh penggubah Jepun moden. Haiku Jepun lazimnya ditulis dalam satu baris tunggal, manakala Haiku Bahasa Inggeris secara tradisional dipecahkan kepada tiga baris. Memandangkan perkataan dalam Bahasa Melayu kerap kali mempunyai banyak sukukata, bilang sukukata 5,7,5 agak terlalu pendek dan tidak cukup untuk menulis ungkapan yang bermakna. Walaupun ditulis dalam tiga baris, Haiku yang baik mengandungi penceritaan mengenai gandingan dua perkara yang bersangkutan paut tetapi tidak semestinya beriringan malah lebih dihargai jika perbezaan itu agak tidak semena-mena.

Contoh Haiku Jepun
Furuike ya – (Lima suku kata)
Kawazu tobikomu- (Tujuh suku kata)
Mizu no oto- (lima suku kata)

(karya Basho terkenal)

Terjemahannya:
Di kolam tua- (lima suku kata)
Katak melompat masuk- (tujuh suku kata)
Air berbunyi – ( lima suku kata)

Selain itu, keunikan Haiku Jepun dapat dilihat pada maksudnya yang dapat melukis imaginasi ke dalam minda pembaca. Pada dasarnya, perkataan yang digunakan ringkas supaya dapat mengajak pembaca atau pendengar menggunakan imaginasi sendiri, sekadar menghayati sesuatu keadaan bukan mencari apa-apa maksud yang tersurat mahupun yang tersirat di sebalik ungkapan tersebut. Haiku sememangnya unik untuk dipelajari kerana secara tidak langsung dapat melatih minda untuk membuat ringkasan peristiwa menerangkan setiap Haiku menangkap segala pengalaman yang lampau, ketika hal-hal yang biasa mengungkap kesejatiaannya dan membuat kita menoleh kembali kepada pengalaman itu.

Pengalaman itu biasa mengingat kembali hal-hal yang bersifat duniawi di tengah kehidupan dan alam seperti matahari terbit, bunyi loncing, kesedihan di puncak gunung atau kebisingan di jalan raya. Menyatukan pengalaman-pengalaman itu adalah keinginan kita untuk berhenti sejenak untuk memperhatikannya. Saat yang sejenak itulah yang dirakamkan dalam puisi-puisi Haiku- tiga baris singkat yang menghadirkan kembali pengalaman itu secara abadi, sambal memberi peluang kepada pembaca untuk menghayati maksudnya secara peribadi.

Kalam Jiwa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social Share Buttons and Icons powered by Ultimatelysocial