Kepentingan Cerita Jenaka dan Binatang

Kepentingan Cerita Jenaka dan Binatang

Kepentingan yang ada dalam Cerita Jenaka dan Cerita Binatang memaparkan nilai dan pengajaran kepada masyarakat pembaca dan menghayatinya. Hal ini demikian kerana, cerita Jenaka seperti cerita Pak Pandir menunjukkan sikap Pak Pandir yang kurang sabar kerana dirinya terlalu igin memakan pisang bakar. Pak Pandir telah memaksa isterinya Mak Andih supaya menyediakan pisang dengan cepat. Akhirnya, Mak Andih tidak tahan dengan sikap Pak Pandir lalu dia melumurkan pisang pada arang yang ada di belakang kuali. Manakala kepentingan cerita binatang pula, memaparkan kepentingannya memberi pengajaran dan nilai untuk mendidik masyarakat sekitarnya sehingga kepada generasi akan datang.

Oleh sebab itu, nilai dan pengajaran banyak dipaparkan dalam cerita-cerita binatang. Antaranya, cerita yang melibatkan watak Sang Kancil. Nilai kebijaksanaan Sang Kancil telah menunjukkan kebijaksanaan amat diperlukan oleh seseorang dalam menjalani kehidupan di dunia ini supaya dapat menangani masalah penipuan yang berleluasa. Jenayah penipuan bukan sahaja berlaku dalam kalangan masyarakat silam namun perkara seperti ini seringkali terjadi dalam masyarakat sehingga kini. Oleh yang demikian, melalui kaedah ini masyarakat masa silam dan kini dapat memanfaatkan kepenting kedua-dua cerita ini bagi menghargai kelahiran sastera rakyat.

Sehubungan itu, kepentingan cerita binatang dan jenaka juga dalah untuk menyampaikan kritikan kepada golongan tertentu. Kritikan yang ditujukan lazimya adalah kepada golongan pembesar, para ulamak dan raja yang sering sahaja menyalah gunakan kuasa, menindas orang bawahan kuku besi dan mementingkan diri sendiri. Perkara ini jelas digambarkan dalam cerita Pak Kaduk dicipta adalah untuk menyampaikan sindiran kepada pemeritahan yang cuba menindas golongan bawahan. Semasa menyabung ayam Raja telah tahu bahawa ayam Pak Kaduk lebih hebat berbanding ayamnya. Tipu muslihat raja semakin menyerlah apabila dirinya telah menukarkan ayamnya dengan Pak Kaduk dana yam tersesbut telah menang.

Dari sinilah dapat dilihat sikap raja yang zaman dan tamak semata-mata untuk menjaga kehormatan dan kehebatannya di depan rakyat jelata. Begitu juga dengan cerita binatang, seumpamanya cerita anjing dengan bayang-bayang jelas menggambarkan sikap manusia yang tamak selalu rugi. Ketamakan yang membawa padah kepada manusia seharusnya dihindari supaya dapat melahirkan sikap toleransi, bersatupadu, bertolak ansur dan bertanggungjawab.

Dalam pada itu juga, kepentingan cerita Jenaka dan Binatang juga dapat menggambarkan corak kehidupan masyarakat kepada generasi kini. Kelahiran cerita jenaka dan binatang menggambarkan suasana, corak dan lakaran kehidupan pada masa silam dengan adanya golongan tertindas, penipu, kuku besi, bijak pandai dan sebagainya. Masyarakat silam yang hidup dalam sistem sosial amat menjaga hubungan supaya tidak berlakunya permusuhan antara satu sama lain. Kewujudan cerita jenaka dan binatang amat penting supaya dapat menegur golongan tertentu tanpa menyinggung perasaan mereka secara terus terang.

Melalui cerita Pak Pandir yang dikategorikan sebagai watak bodoh sial adalah secara tidak langsung untuk mengkritik golongan tertentu berdasarkan sifat dan sikap yang digambarkan oleh Pak Pandir tersebut. Bagi cerita binatang pula, tindak tanduk binatang adalah dikursuskan untuk mengkritik masyarakat silam secara halus bagi membuktikan bahawa masyarakat Melayu pada masa silam mempunyai kebijaksaan dan nilai luhur yang tinggi dalam membentuk keperibadian cucu-cicit mereka. Di samping itu, terdapat beberapa lagi kepentingan cerita jenaka dan binatang selain daripada yang dibincangkan ini. Antaranya, untuk cerminan masyarakat kini, sebagai khazanah kepada bangsa Melayu, alat pendidikan tidak formal dan sebagainya.

Kalam Jiwa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social Share Buttons and Icons powered by Ultimatelysocial