Sayembara Cerpen Nyala Mei 2018

Tuliskan sebuah cerpen dalam bentuk surat, diari ATAU sebuah monolog yang panjang. Sayembara Cerpen Nyala buat bulan Mei menduga kreativiti para peserta melalui teknik penulisan yang berlainan. Teknik penulisan ini diharapkan dapat membantu para peserta membina suara seorang watak melalui sudut pandangan watak tersebut sahaja. Seluruh cerpen harus ditulis dalam …

Kotak Peraga

Rais dikejutkan olek bunyi jentera penggali. Cahaya lampu sorot mengintip masuk melalui celah langsir bilik. Si pelombong muda menggosok matanya, dia duduk di hujung katil menyapu serabut mimpi. Jemari yang hitam berkeladak mencapai sebuah cawan berisi cecair hitam serupa kopi. Lidah Rais diserang rasa pahit dan masam sehingga menyebabkan si …

Ulasan Penilai oleh Mohamed Naguib Ngadnan

Bismillahirahmanirahim. Dalam memperkatakan tentang sesebuah hasil penulisan kreatif – karya cerpen, dalam konteks sayembara ini – saya menilai mutu karya berlandaskan formula B.A.I.K. Izinkan saya huraikan dahulu kaedah ini: B – Bahasa yang mantap. Penguasaan bahasa tetap menjadi faktor paling penting dalam pengkaryaan sastera. Seorang penulis perlu sekurang-kurangnya memiliki pengetahuan …

Curi Tulang

Cemas. Gelisah. Suasana di bilik mesyuarat diselubungi kesuraman. Seorang demi seorang pekerja Syarikat Percetakan Helang membuka sampul berisi sehelai kertas. Sepucuk surat yang menentukan nasib dan masa depan mereka. Tidak lama kemudian, keheningan bilik itu bertukar menjadi hingar bingar. Terdapat kerencaman pada riak wajah para pekerja di situ. Ada yang …

Penerimaan

PENGLIHATAN Aariq mula berpendar. Mereka yang lalu-lalang di ruang sempit di bazar itu kelihatan berpusu-pusu menerpa ke arah Aariq dengan lajunya, seperti perajurit-perajurit yang berbaris menuju ke medan perang. Suara mereka amat menghingarkan, terlalu kuat seperti sedang bertekak sesama sendiri. Laungan para penjual mempromosikan barang jualan terlalu memekakkan, tidak ubah …

KOCAK, Kotak Jaring Labah-Labah

Mereka saling berpandangan. Sebaldi air ditaburi tujuh jenis bunga – kenanga, mawar, susun kelapa, kesidang, tanjung, cempaka, dan cempaka kuning. Syaratnya, bilangan bunga harus ganjil. Limau purut tiga biji dibelah dua menggunakan sebilah pisau belati berukiran kemas, lalu dicampakkan ke dalam baldi bekas air itu. Sedikit air mawar dijirus ke …

Sayembara Cerpen Nyala April 2018

Untuk Sayembara Cerpen Nyala yang ke-6, kami ingin mengundang para penulis untuk mengirimkan sebuah karya cerpen yang bertemakan peribahasa berikut: “Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai” Karya-karya akan dinilai secara ‘blind assessment’ yang mana nama dan biodata penulis ditiadakan dalam dokumen masing-masing. Penyertaan adalah percuma. Tarikh tutup: …

#Qiara@Tiara

Arus fikirannya seakan-akan terhenti, mimpi dan realiti bercantum menjadi satu. Ribut yang tiba-tiba melanda menyeru bersama angin kencang meranapkan pelamin, khemah-khemah yang dipasang roboh tindih-menindih, kerusi meja berterbangan manakala jemputan bertempiaran lari menyelamatkan diri. “Lari…! Lari…!” Suara tetamu bersabung antara dentuman guruh. “Tiara…! Cepat selamatkan diri…!” Tiara tetap tidak berganjak, …

Ulasan Pengadil

Ada pendapat menyatakan bahawa Kafkaesque adalah apabila anda memasuki dunia nyata dalam mana semua corak kawalan anda, semua pelan anda, keseluruhan cara anda telah mengubah tingkah laku anda sendiri, mula jatuh berkecai, apabila anda mendapati diri anda menentang gaya yang tidak meminjamkan dirinya dengan cara anda merasai dunia. Kamu tidak …

Sebatang Titi, Seorang Jurureka dan Sebuah Tawaran Istimewa

“Belum nak tidur, Bang?” “Awak tidurlah dulu. Siap nanti kita masuk.” Qabir tidak menoleh untuk melihat raut wajah isterinya. Matanya tertumpu pada skrin komputer. Sebuah imejan 3-D berbentuk diagram skematik sistem rangkaian telekomunikasi sedang berkelip-kelip dan terapung-apung di tengah-tengah skrin komputer Qabir. Syazlin memerhatikan suaminya yang asyik sibuk bekerja. Syazlin …