Mati Kutu

Bau hapak mengejutkan Syarif daripada tidur. Rongganya terasa seperti dia baru menjilat besi karat. Kering dan pahit. Dia mengesat air liur yang mengalir, cecair merah kelihatan pada tangannya. Syarif bangun tersentak. Dia melihat lengannya kini terdapat kuku cakar melengkung dan tajam. “What the…” * * * * * Syarif dapat …

Denda

Rasanya baru sebentar tadi Norman terlena di bangku, beratapkan langit yang dihiasi dengan taburan bintang berkelipan. Kini, entah bagaimana dia beratur berpakaian belang hitam putih, menunggu giliran. Menunggu giliran untuk apa, dia tidak pasti. Dia mengira ada tujuh orang lagi di hadapannya. Dia menoleh ke belakang, beratus sedang beratur. Baru …

Ulasan Sayembara Cerpen Nyala Bertemakan “Kembara”

TEMA ‘KEMBARA’ yang menjadi pilihan bagi Sayembara Cerpen Nyala Januari 2018 membuka ruang luas kepada para penulis meneroka kepelbagaian idea yang jika dimanfaatkan dengan kreativiti segar berupaya diolah menjadi cerpen-cerpen yang menarik dan menghiburkan. Membaca karya-karya atau pandangan-pandangan penulis genre pengembaraan/perjalanan yang terkemuka seperti Shirin Hausee, Paul Edward Theroux dan …

Lukah Di Penggentingan

Tidak sampai dua puluh kaki dia berjalan, tekak Kamal berasa mual. Berkucah cecair dalam rongga dada. Sesuatu yang tidak pernah dialami sebelumnya. Bahana hatinya cekal, mindanya tekal, langkah Kamal mara kekal. Tidak sabar untuk mencecap air terjun Kota Tinggi yang tidak pernah kering itu. Namun, dadanya mula bergetar, gara-gara menahan …

Warkah Buat Adindaku

Nafasnya tercungap-cungap dalam paru-paru yang dicengkam sebak. Setiap ototnya membakar baki-baki kudrat yang semakin terkikis dari rangka kewujudannya. Fikiran yang berlegar di dalam kotak kepalanya menerawang tiada haluan dalam hingar-bingar dunia yang berasap di sekelilingnya. Tekaknya terasa panas dicekik sekepul asap dan segumpal rasa syahdu pekat menyaksikan keperitan saujana mata …

Tsunami

Tanggal 26 Disember 2004. Itulah tarikh yang sukar dilupakan oleh semua penduduk dunia. Hari yang mana gelombang raksasa tsunami telah melanda beberapa negara tanpa belas. Banda Aceh juga tidak terkecuali. Puing-puing kemusnahan dan mayat-mayat yang bergelimpangan telah melumpuhkan Aceh. Hanya Masjid Baiturrahman masih tersergam gagah. Amukan tsunami di Aceh begitu …

Siapa Cepat Dia Dapat

Kedinginan malam meresap ke seluruh tulang-belulang, membuatkannya resah dan gelisah. Nun jauh daripada teman-temannya yang lain, Yogi keseorangan di pelosok dunia picik; seakan-akan menunggu sesuatu yang tiada pasti. Gerbang pintu raksasa sudah lama diperhatikan. Seribu satu persoalan bertubi-tubi menerobos setiap ruang yang ada. Yogi tertanya-tanya pada dirinya, apakah yang menanti …

Pengabadian Langit

Suann Tay terperanjat. Hadiah pertunangan yang diberikan kepadanya tidak seperti yang dijangkakan. Tunangnya telah membeli pakej pelancongan ke Tibet untuk dua orang bagi menyaksikan upacara pengabadian langit yang dijalankan oleh penganut Vajrayana Buddha di sana. Upacara leluhur kaum Tibet itu telah diperhatikan sejak zaman-berzaman. Sebagai seorang pengarah syarikat pengurusan larung …

Sayembara Cerpen Nyala Februari 2018

Sayembara Cerpen Nyala Februari 2018 Tema: “Kafkaesque” Istilah “Kafkaesque” merujuk kepada cerita-cerita yang mempunyai unsur mimpi ngeri dan surrealistik seperti dalam tulisan-tulisan Franz Kafka (1883-1924). Menurut Fredrick R. Carl, penulis biografi Kafka, “Kafkaesque” ialah dunia surreal dalam mana manusia hilang semua bentuk rutin, rencana dan rancangan sehinggakan tingkah laku yang …