Sains Menulis Puisi: Usaha Sama KataPilar Books & Unggun Creative

Sains Menulis Puisi: Usaha Sama KataPilar Books & Unggun Creative

Peserta Bengkel Masuk Makmal Untuk Bedah Karya Puisi

13h Januari 2019 – Unggun Creative telah berkerjasama dengan sebuah syarikat penerbitan yang beroperasi di Malaysia, iaitu, KataPilar Books, untuk mengendalikan sesi bengkel asas penulisan puisi selama sehari di Singapura.

Bengkel yang bermula dari 9 pagi hingga 5 petang itu dikendalikan oleh pemenang pelbagai anugerah sastera, Dr Ahmad Fadhlil M.P. Razy, atau lebih dikenali dengan nama penanya, Fahd Razy, yang turut dibantu oleh tenaga kerja daripada KataPilar Books.

Seramai 20 orang peserta telah mendaftarkan diri untuk menyelami teknik-teknik penulisan puisi di paras yang lebih mendalam lagi. Mereka juga menerima senaskhah buku panduan Sains Menulis Puisi yang telah ditulis bersama oleh Fahd Razy dan Rasydan Fitri.

Inilah kali pertama pihak KataPilar berkunjung ke Kota Singa ini setelah mengendalikan bengkel ini di negeri-negeri serata Malaysia.


Nyala

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social Share Buttons and Icons powered by Ultimatelysocial