Teks Laila Majnun Sebuah Trilogi Cinta

Teks Laila Majnun Sebuah Trilogi Cinta

Laila dan Majnun merupakan sebuah kisah rakyat dari negeri Arab (Timur Tengah). Kisah ini sangat menyayat hati dan merupakan kisah tentang cinta yang tidak kesampaian antara Laila dan Majnun. Kisah Laila dan Majnun juga sebuah karya sastera agung yang jauh lebih lama dari kisah Romeo and Juliet salah satu hasil karya William Shakepear pada tahun 1616 M.

Cerita Laila dan Majnun ditulis oleh Syaikh Nizami Fanjavi pada tahun 1188 M dan beliau merupakan seorang ahli sufi yang terkenal pada abad pertengahan kerana selain dari novel yang beliau dihasilkan iaitu novel Khusrau dan Syirin juga mengenai kisah cinta menyayat hati dan beliau berasal dari Parsi. Novel beliau ini sangat terkenal di seluruh dunia sebagai kisah keabadian cinta yang dibaca selama berabad-abad yang telah menginspirasi orang ramai mengenai akan cinta sejati.

Kisah Laila dan Majnun ini dimulai ketika sorang Kabilah Bani Amir yang ingin mempunyai orang anak, dan akhirnya lahirlah seorang anak laki-laki yang tampan bernama Qays. Ayah Qays sangat menyayangi anaknya dan Qays pula menjadi seorang pemuda yang sangat tampan serta disenangani teman-temannya. Qays telah menjalinkan hubungan dengan seorang gadis Bani Qhatibiah yang bernama Laila pada usia kanak-kanak lagi. Mereka meneruskan percintaan secara tersembunyi kerana pada seusia mereka berdua memadu cinta. Namun demikian, kisah percintaan Qays dan Laila akhirnya diketahui oleh semua orang termasuklah kedua ibu bapa Laila. Kedua orang tua Laila tidak merestui hubungan mereka berdua, mereka bertindak mengurung Laila supaya tidak dibenarkan keluar bebas seperti dahulu.

Bermula saat itu mereka telah dipisahkan dan tidak lagi dibenarkan untuk berjumpa dan berkawan. Qays menjadi tidak keruan kerana terlalu rindukan Laila dan menyebabkan beliau menjadi gila dan mencapai gelaran “Majnun” yang bermaksud gila. Beberapa kali Qays berusaha untuk berjumpa dengan Laila namun usahanya tetap gagal. Qays telah bertingkah laku dan berpenampilan aneh sehingga orang-orang mentertawakan dan mencemuhnya. Qays kadang-kadang menangis, ketawa, tetapi adakalanya tangis atau tawanya selalu diiringi dengan melantunkan puisi-puisi cinta untuk kekasihnya Laila.

Mendengar cerita tentang kekasihnya yang telah menjadi gila, Laila hanya mampu menangis sendiri di dalam biliknya kerana ia harus menyembunyikan kesedihannya dari semua orang. Keadaan Qays menjadi semakin teruk. Orang-orang disekitarnya, termasuk ayahnya tidak mampu berbuat apa-apa. Berbagai cara telah dilakukan untuk memulihkan anaknya namun hasilnya tetap sama sahaja. Ayah Qays pernah melamar Laila, namun pinangannya tersebut pernah ditolak oleh orang tua Laila. Tindakan sedemikian telah menyebabkan Qays menyendiri dan mengasingkan dirinya dengan bekelana di padang pasir Najd yang sangat merbahaya. Selama membawa diri ke gurun, dari pasir ke pasir ramai anak-anak muda mengekori Qays semata-mata untuk mendengar syair-syair cinta yang sering dilantunkan oleh Qay, dan berniat menolong Qays untuk memerangi kabila Laila. Demi mendapatkan Laila untuk diserahkan kepada Qays. Namun semua usaha yang dilakukan orang-orang disekitarnya sia-sia.

Dalam rasa kecintaan yang memuncak itu Qays mendapat berita yang tak pernah disangkap-sangka, Laila telah dinikahkan dengan seorang kaya yang tampan. Namun meskipun begitu cinta Laila hanya untuk Qays demi menjaga kehormatan kesuciannya. Dalam masa yang sama Qays menerima lagi dugaan yang cukup hebat apabila ayahnya turut meninggal dunia dan tidka kemudian ibunya juga mengingkuti jejak ayahnya inilah punca kesedihan Qays. Sekali lagi Qays diduga apabila Laila juga telah meninggal dunia kerana penyakitnya. Qays segera pergi ke makam Laila. Qays meratapi kematian Laila dengan menangis menjerit dan memeluk tanah Laila. Akhirnya, Qays juga menghembuskan nafasnya yang terakhir di kuburan Laila dan tangannya begitu utuh memeluk kubur Laila.

Kalam Jiwa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social Share Buttons and Icons powered by Ultimatelysocial