Tradisi Islam Dalam Teks Laila Majnun

Tradisi Islam Dalam Teks Laila Majnun

Kisah cinta Laila dan Majnun perlu dibaca secara tafsir dan takwil iaitu tersurat dan tersirat. Sekiranya kisah ini dibaca sepintas lalu pembaca akan merasakan seperti kisah percintaan antara seorang lelaki kepada wanita dan kegilaan lelaki tersebut untuk mendapatkan wanita yang dicintainya sehingga menjadikan dirinya gila atau tidak keharuan.

Secara takwilnya tajuk teks ini iaitu Laila Majnun telah membawa sufi itu tersendiri. Laila dalam Bahasa Arab bermaksud “malam” manakala Majnun pula bermaksud “gila”. Hal ini telah membuktikan bahawa orang-orang yang kuat imannya akan mencintai pada waktu malam untuk beribadat kepada Allah S.W.T. Pada waktu malam Allah akan memperkenankan doa-doa hambanya yang sanggup bangun malam untuk bermunajat. Besesuaian dengan maksud teks Laila Majnun bererti “gilakan malam” kerana orang-orang sebegini menunggu pada waktu malam untuk mendekatkan diri kepada khalidNya.

Kisah Laila dan Majnun merupakan kisah cinta abadi mengikut tradisi Islam kerana bertapa gilanya Qays kepada waktu malam. Seperti yang terdapat dalam teks Laila Majnun (1986:4) “nama ciptaan yang mengherankan ini ialah Laila, bukankah Lail’ bererti malam dalam Bahasa Arab. Dalam teks ini membuktikan bahawa Qays merupakan seorang manusia yang sangat kuat beribadat pada waktu malam ketika orang lain sedang enak dibuai mimpi.

“Pada malam hari apabila setiap orang sudah tidur, dia pun mencuri-curi pergi ke perkhemahan kekasihnya. Kadang-kadang dua tiga orang sahabat yang telah menderita siksaan kaseh sayang seperti dirinya juga turut menemani dalam perkelanaan itu, tetapi biasanya dia sendirian saja sambil mengucapkan sajak-sajaknya. Cepat bagaikan angina bayangan dan pulang sebelum hari menyising fajar” (Laila Majnun, 1986: 100).

Kata-kata yang disuratkan oleh Nizami membuktikan bahawa karya ini merupakan sebuah karya berteraskan tradisi Islam sepertimana kisah cinta seorang hamba kepada Sang Penciptanya. Pada waktu malam Qays sanggup meninggalkan peraduanya untuk melepaskan rindu kepada kekasihNya yang sejati. Bahkan Qays juga mengucapkan sajak-sajak cinta kepada Allah. Dalam tradisi sufi puisi, ghazal mahupun Rubai’e merupakan satu melodi puisi yang menghimpunkan segala mesej kesatuan dalam seluruh kejadian Tuhan. Melodi puisi ini sentiasa hidup di hati seorang mistik kerana mereka menyediakan hati dengan irama yang menggetarkan seluruh kosmos.

Fahaman sufi ini mengamalkan ajaran yang menekan aspek kerohanian. Dalam menyampaikan ajaranya ahli-ahli sufi sering memperkatakan tentang sesuatu itu dalam bentuk bahasa yang penuh dengan symbol dan kiasan. Oleh itu, puisi adalah merupakan satu saluran yang sesuai bagi ahli-ahli sufi untuk menyatakan segala perasaan hati nurani mereka. Umpamanya di dalam teks ini Qays sering mendendangkan sajak-sajak cinta kepada Laila yang mempunyai begitu banyak simbolik. Hal ini dapat dikesan sewaktu Qays ke Mekkah untuk menunaikan ibadah umrah dan dirinya mengungkapkan puisi cinta di hadapan Ka’abah.

Di hadapan Ka’abah, Qays telah memohon kepada Allah akan kekuatan untuk dirinya mencari Allah, Walaupun orang ramai telah menanggap dirinya gila dan harus melupakan Laila namun dirinya tetap teguh untuk mencintai Laila (Allah). Dalam tradisi sufi, buah anggur merupakan minuman paling lazat dan terdapat sungai anggur di syurga dan juga terdapat arak dari telaga kausar yang sesiapa sahaja meminumnya tidak akan haus untuk selama-lamanya. “Mabuk” di dalam tradisi sufi adalah “asyik dan masyuk” kerana sudah mencapai tahap ini akan mula mengasingkan diri mereka dengan berdoa dan berzikir kepada Allah. Hal ini memperlihatkan akan konotasi yang digunakan oleh Nizami seperti “telaga”, “anggur” dan “mabuk” dalam mengangkat teks ini sebagai sebuah kisah cinta abadi yang mengikut tradisi Islam.

Kalam Jiwa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social Share Buttons and Icons powered by Ultimatelysocial