7 Jenis Konflik Yang Menarik Pembaca Bagai Besi Semberani

KONFLIK. Begitu hodoh wajahnya. Lidahnya terjelir. Bibir pula senget sebelah. Giginya rongak. Mata bundar terbeliak. Suaranya berdentam-dentum bagai langit yang terbatuk-batuk, diselangselikan sumpah-seranah atau aliran pendapat yang tidak searus dengan sungai pemikiran masing-masing. Adakalanya, picu konflik itu terpetik daripada perkara yang remeh-temeh lagi tetek-bengek, seperti secubit belacan, atau sepaket tisu. …