Jerangkung Dalam Almari

“Jangan, Liza. Jangan. Percayalah cakap aku.” Aku menyandar di ambang pintu. Butiran mutiara yang bertakung di sebalik kelopak mata sedari tadi tidak termampu dibendung lagi. Dalam kesayuan, aku rela butir-butir itu mengalir. Alirlah. Alirlah terus dan bawalah pergi kegundahan ini. Tidak tertanggung rasanya pedih perih yang mengisi ruang hati. Begitulah …

Keabadian Nikmat

Bismillahirrahmaanirrahiim, bisik Jawhar dalam hatinya. Dengan ketenteraman dan keyakinan bermulalah perkongsiannya, “Kemuncak peradaban Islam adalah pada zaman Rasulullah s.a.w. Selama tiga belas tahun, baginda s.a.w. memberi penekanan pada aspek batin yang tidak dapat dilihat dengan mata, iaitu persoalan keimanan, aqidah dan pemikiran. Al-Quran telah melakukan transformasi pada pemikiran masyarakat Arab …

Sayembara Cerpen Nyala – Disember 2017

Sayembara Cerpen Nyala Disember 2017 Tema: Hidup Bagaikan Lagu Tuliskan cerpen berdasarkan sebuah lagu Melayu. Tarikh tutup: Jumaat, 22 Disember 2017, 11.59 mlm Wang tunai sebanyak SGD 250 menanti pemenang utama dan tiga pemenang sagu hati bakal meraih SGD 50 setiap seorang. Karya-karya para pemenang bakal diterbitkan dalam talian di http://nyala.ungguncreative.com/ pada …

Mega Karya Cinta

Akan ku tenun awan gemawan Menjadi selendang menudungi rambutmu ~ Usman Awang LANGIT menerang, semakin menyilau garang. Semestinya ia merupakan kesepakatan yang dipersetujui mentari. Bumi kian terbakar secara literal, bergilir-gilir antara kawasan umpama sengaja beradu daya tahan lantas menyerah saat mentari sengaja merenung garang, menyoal siapa yang lebih hebat. Sekalian …

Kelibat Kedua

Qamal tidak pasti bilakah saat yang tepat bayang-bayangnya bercambah menjadi dua. Jika orang lain didampingi oleh satu bayang-bayang, Qamal memiliki dua bayang-bayang. Bayang-bayang pertama adalah teman seumur hidup, yang mengekorinya sejak jasadnya bertemu dengan cahaya, yang mengikut setiap gerak laku sejak lahir dari rahim ibunda. Bayang-bayang kedua adalah kelibat yang …

Bisikan Dari Langit

Lelaki itu sibuk membaca dengan nada yang cukup khusyuk. Di tangannya senaskhah kitab kecil. Matanya, tangannya dan perjalanannya turut terikut dalam satu kekhusyukan saat mendengar ayat-ayat dari langit. Orang-orang yang bergegas mengejar realiti tidak pedulikannya. Tidak juga yang mahu tahu. Mereka terlalu taasub pada masa yang telah menjadi lumba tetapi …

Jali

Papan lantai terbuka dengan tiba-tiba, membuat tubuh terkejut dan bermandi peluh sejuk. Dia cuba melonggarkan tali yang mengikat kedua tangannya. Urat leher dirasai mulai putus. Semakin kuat dia meronta, semakin pantas urat-urat putus. Kain hitam yang menutupi muka mencepatkan lagi sekatan udara. Jasadnya dirasai menjadi ringan dan melayang tinggi bagaikan …

Selat Sekerat

Malam hilang sepi. Air hilang tenang. Ketenteraman warga lubuk Sekerat Sini berkocak diusik gelodak perasaan si Jahan. Jahan ligat melawan arus di tengah-tengah malam yang masih tercengang-cengang dengan tindak-tanduknya yang tidak keruan. Dari celah-celah batu, melintas palang-palang besi, menembusi jeriji-jeriji bakau. Dari muka air, merempuh arus deras, menjunam hingga ke …

Gerai Jual Bayi

Ting-tong! Zak meluru ke pintu, lagaknya seperti mantan ahli pecut yang dibebani berat badan yang sarat dengan muatan di bahagian perut. Adoi! Tak sengaja pula terpijak sisa butiran Lego dan hampir-hampir menumbangkan pasu seramik kegemaran isterinya. Pasu itu bergegar, terhuyung-hayang sebentar, mengacah-acah untuk pecah, namun dapat jua diimbangkan semula. Benda …