Cinta Abadi Dalam Teks ‘Laila Majnun’

Cinta Abadi Dalam Teks ‘Laila Majnun’

Teks Laila Majnun melakarkan sebuah konsep cinta mengikut tradisi Islam. Perasaan cinta adalah satu kejadian sifat yang istimewa tiada perbandingan menakjubkan dan sangat berharga. Cinta itu datangnya dari Allah dan ibarat rahmat yang pada satu peringkat dikongsikan dengan makhluk istimewa ciptaan-Nya iaitu manusia. Kelahiran cinta adalah lumrah kehidupan yang diberi oleh kehidupan yang diberikan oleh Allah tanpa kita sedar yang kita mula menyukai dan mencintai sesuatu dan ini sesuai dengan kebesaran Allah S.W.T. Sekiranya dia mengkehendaki jadi maka jadilah (Kunfayakun) kerana tiada siapa yang boleh menghalang di atas kekuasaanya. Latar yang terdapat dalam teks Laila Majnun ini merupakan suatu tempat dalam sebuah negeri di atas muka bumi ini.

Kesusasteraan dihasilkan oleh ahli-ahli sufi amat rapat hubungan dengan kepercayaan agama. Pada dasarnya ahli-ahli sufi itu berpegang kepada keyakinan tentang keesaan Allah dan kerasulan Nabi Muhammad berpedomankan Al-Qur’an, Sunnah dan juga kehidupan aulia sebagai petunjuk dalam kehidupan mereka. Sungguhpun begitu ada di antara amalan-amalan ahli atau golongan sufi yang kelihatan jauh berbeza daripada amalan kita sehingga mereka dianggap sebagai asing daripada pemahaman biasa kita. Mereka lebih banyak bersolat, berzikir dan berpuasa. Terdapat sebahagian daripada mereka itu mereka itu yang menambahkan ibadat dengan cara gerak badan, tarian dan nyanyian pujian. Mereka mendakwa bahawa mereka telah membuang diri atau unsur jasad mereka bagi memperoleh kesedaran rohanian dan akhirnya dengan anugerah Allah mereka dapat menyatukan roh mereka dengan khalik.

Dalam teks Laila Majnun seringkali terdapat peristiwa Qays membaca sajak-sajak cinta kepada Laila sehingga dirinya dianggap sebagai pelik dan gila. Perbuatan Qays juga dianggap sebagai suatu tindakan yang tidak masuk akal kerana dia selalu menari dan mencium bumi, Namun begitu, mengikut tafsiran dalam tradisi Islam, tindakan sedemikian adalah melambangkan cara Qays mendekatkan diri dengan Allah dan membuang unsur-unsur dunia yang terdapat di dalam jiwanya. Dalam pada itu, sajak-sajak cinta yang dibaca oleh Qays sering mendapat perhatian masyarakat di Arab kerana sajak-sajak yang dilantunkan sebuah pujian menghairahkan. Kelakuan aneh Qays menyebabkan polis ingin menangkap dirinya kerana kuatir akan membahayakan orang ramai.

Walau bagaimanapun, tafakur, ghairah dan mujahadah Qays dalam kerohanian telah membuktikan dirinya telah menolak hal duniawi sepertimana dirinya tidak lagi mengutamakan keperluan jasad yang memerlukan makanan untuk makan, pakaian untuk melindungi tubuh badan, isteri, rumah dan sebagainya. Keperluan sedemikian tidak lagi perlukan malah yang ingin berjuang membina kehidupan zuhud. Hal ini bertujuan supaya keperluan dunia tidak lagi menguasai dan mengingat perkembangan mereka untuk ke dunia baka kelak. Rohani itulah yang menguasai jasad, kelaparan, derita, kesakitan dan lain-lain menjadikan mereka hidup dalam keadaan lazat walaupun zahirnya derita.

Bagi ahli sufi keinginan kepada kemasyuran, pujian manusia dan kekayaan adalah perosak kepada kesuburan rohaniah. Oleh yang demikian, hal-hal sedemikian perlu dihindari. Tanpa melawan nafsu, seseorang itu akan terperangkap dalam dosa-dosa yang menghitamkan hati bagi menghalang kepada penyucian jiwa lalu tersesat jauh dari Allah S.W.T. Kehidupan manusia dianggap oleh ahli-ahli sufi sebagai suatu perjalanan. Roh manusia itu yang memerlukan kesempurnaan supaya diakhirnya mencapai Maqam iaitu darjat tertinggi. Ahli-ahli sufi adalah pencari Tuhanya dan ia melaksanakan perjalananya secara berperingkat peringkat. Mereka perlu menjalankan usaha bagi mengatasi segala kelemahan dan kesilapan diri untuk mendapatkan ilmu dan kefahaman, Mesti ada mubarakah renungan memeriksa diri terhadap kelakuan-kelakuan harianya, taubat dan membaiki hati pada setiap amalannya.

Kalam Jiwa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social Share Buttons and Icons powered by Ultimatelysocial